head> Manusia: July 2006

Manusia

Tuesday, July 18, 2006

::.Manusia.::


  • manusia menyedut 7.5 liter udara seminit untuk bernafas

  • Dianggarkan manusia menuturkan 30,000 patah perkataan sehari yang kalau ditutur terus menerus memakan masa selama 3.4 jam

  • secara purata, kelajuan batuk yg kuar dari mulut anda ialah 96km/j

  • pabila anda bersin, seluruh fungsi badan anda terhenti termasuk jantung
  • mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin
  • Halaju bersin manusia lebih daripada 100 batu sejam

  • tulang peha manusia lebih kuat dari batu konkrit

  • darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari
  • Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km.

  • jika dicampur, panjang urat dlm badan manusia ialah 72 km
  • Saraf di tubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 meter sesaat.

  • Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

  • Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

  • Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita...

  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan .

  • menghantuk kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150 sejam.

  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

  • Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

  • Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita...cis siot je...!!!

  • Manusia akan hilang sebanyak 50 peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

  • Tanpa air liur kita dapat merasa sebarang rasa masin, masam, pahit atau manis.Lidah hanya berfungsi dengan bantuan air liur.

  • Berat kepala orang dewasa adalah 5.4 kilogram iaitu sama berat dengan bola boling yang paling ringan.

  • Kelenjar yang menghasilkan susu kepada ibu-ibu pada asalnya adalah kelenjar peluh. Ia mengalami pengubahsuaian kerana hormon yang dikeluarkan semasa mengandung.

  • Pembesaran otak manusia terhenti apabila usia menjangkau 15 tahun. Beratnya adalah kira-kira 1.2 Kg.

  • Dari mana datangnya gas kentut?
    Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.
  • Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.
  • Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai mempunyai gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai bunyi kentut yang lebih kuat...(hahaha pompuan kentut bucuk...)
  • Kentut juga boleh menghasilkan api, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda, orang ketawa apabila diberitahu bahawa anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.hua3x...

  • Lebih banyak kuman dipindahkan dari seorang ke seorang yang lain melalui berjabat tangan berbanding dengan bercium mulut ke mulut...baik cium je kalo camnie...

  • Selama hayat, manusia makan 60,000 paun makanan yang sama beratnya dengan 60 ekor gajah

  • Kuku jari tangan tumbuh empat kali lebih cepat daripada kuku jari kaki

  • Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

  • Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

  • Otak manusia boleh menyimpan data sebanyak 7 juta megabait setiap hari

  • Manusia mengelipkan mata sebanyak 84,000,000 kali setahun

  • Secara purata, sesorang ketawa sebanyak 15 kali setiap hari

  • Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang-kurangnya 10 sel berlainan untuk pelbagai fungsi

  • Semasa tidur, 1 per empat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara

  • Berat otak manusia hanya 2 peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksigen yang disedut semasa berehat atau tidur

  • Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima

  • Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum




    -Haiwan-
    -Manusia-
    Fakta Am
  • Google
     
    Web www.air-sun.blogspot.com